Bahasa senioriti ialah gugusan perkataan yang tersusun baik dalam percakapan "pergi ambik air dik" mahupun renungan seorang senior kepada junior atas sebab-sebab tertentu. Dipendekkan kisah, bahasa senioriti berpucuk daripada asas "junior hormat pada senior, senior kasih pada junior." Di Faris saya boleh katakan semua orang hanya menegakkan elemen pertama dalam prinsip asas tersebut tanpa mempedulikan kasih sayang tersebut. Jadi cuba fikirkan, jika prinsip pertama sendiri tidak dipatuhi, masakan lagi prinsip kedua mengambil u-turn dan menjadi amarah yang padu, bagaimana?!!
Begitulah yang cuba saya kongsikan di sini, senioriti semakin terhapus!!! Dan saya sudah mengesani perubahannya berbanding ketika saya tingkatan 1. Sebetulnya saya sendiri membenci amalan "seniors take all", sehinggakan junior menjadi medan melepaskan pawaka dan penumbuk. Cukuplah hati saya berjihad untuk memerangi pembulian. Namun keadaannya sekarang berlainan sama sekali. Junior terlalu tidak dipedulikan, senior pula semakin cenderung untuk menjaga nama sendiri. Persoalannya sekarang asas pelajar SBP ialah senioriti, pelajar asrama yang berkualiti juga hasil dari senioriti... Sekarang saya dapat lihat keruntuhan insitusi SBP itu sendiri.
Kebiadaban mencapai tahap kemuncak, teguran menjadi hasrat hati semata-mata, celaan sekadar bermula dari ruangan yang paling dalam. Entah mengapa, saya tidak menyukai penderaan, tetapi saya juga tidak dapat menerima prinsip junior makan senior.
Jadi saya mohon satu keluarga Farisian untuk sama-sama membicangkan bahasa senioriti:
- Bagi pelajar lama, apakah bentuk senioriti yang dimainkan?
- Adakah senioriti boleh dikatakan relevan pada masa kini?
- Perlukah junior diberi hak sama rata dengan senior?
- Apakah hukuman yang paling setimpal bagi junior yang biadap?
- Adakah keadaan masih serupa tanpa senioriti?
- dan ahir sekali, APAKAH SEBENARNYA SENIORITI?
Terima kasih, wassalam.