Saturday, January 16, 2010

Satu Tidur Yang Panjang

Setelah sekian lama blog ini tidak ber-update, agaknya sudah kering idea. Seusainya SPM 2009 pada tanggal 8 Disember 2009 pada tahun lepas, dengan rasminya, Batch Farisian 0509 meninggalkan alma mater yang sudah didiami selama 5 atau 2 tahun. Jadi, tidak selalu juga berkunjung ke sekolah untuk mengambil tahu hal sekolah, ada yang masih segan untuk berjumpa guru, ada yang masih 'trauma', ada yang ingin menikmati 'kebebasan', ada yang malas bergerak untuk menjejakkan kaki ke sekolah. Tak mengapalah, baru-baru keluar sekolah ini tak syok juga kembali ke sekolah.

Walau bagaimanapun, saya telah menjejakkan kaki ke sekolah tidak sampai 2 bulan pun meninggalkan sekolah untuk menghantar adik saya bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu (iya..generasi Kamilah masih bersambung di sekolah itu). Tidak banyak yang berubah, cuma dicat baru sahaja, dan laluan masjid pelajar perempuan baru sahaja disiapkan, tidak sempat rasmi lah, nampaknya. Tak mengapalah.

Jadi kali seterusnya menjejakkan kaki ke sekolah semestinya untuk mengambil keputusan SPM nanti (gulp!).