Saturday, January 16, 2010

Satu Tidur Yang Panjang

Setelah sekian lama blog ini tidak ber-update, agaknya sudah kering idea. Seusainya SPM 2009 pada tanggal 8 Disember 2009 pada tahun lepas, dengan rasminya, Batch Farisian 0509 meninggalkan alma mater yang sudah didiami selama 5 atau 2 tahun. Jadi, tidak selalu juga berkunjung ke sekolah untuk mengambil tahu hal sekolah, ada yang masih segan untuk berjumpa guru, ada yang masih 'trauma', ada yang ingin menikmati 'kebebasan', ada yang malas bergerak untuk menjejakkan kaki ke sekolah. Tak mengapalah, baru-baru keluar sekolah ini tak syok juga kembali ke sekolah.

Walau bagaimanapun, saya telah menjejakkan kaki ke sekolah tidak sampai 2 bulan pun meninggalkan sekolah untuk menghantar adik saya bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu (iya..generasi Kamilah masih bersambung di sekolah itu). Tidak banyak yang berubah, cuma dicat baru sahaja, dan laluan masjid pelajar perempuan baru sahaja disiapkan, tidak sempat rasmi lah, nampaknya. Tak mengapalah.

Jadi kali seterusnya menjejakkan kaki ke sekolah semestinya untuk mengambil keputusan SPM nanti (gulp!).

Sunday, December 6, 2009

cadangan

salam wbt..
baru td sy melayari salah satu blog kisas iaitu blog badarkisas.blogspot
yang mane merupakan blog badan kepimpinan pelajar islam di kisas..
tp..ape yg saye ingin smpaikn ialah..betape saye kesal dan kecewa apabila menyedari...
tiada 'link' atau pautan untuk ke blog badan kepimpinan pelajar Islam di faris petra...
tidak sprti SAS,SSP..yg sudah ader blognyer sendiri..
jd cadangan sayer..aper kate bpi faris petra pn bwat begitu..
sayer rase x salah..dan pelajar2 ader jgak blog yg blh dikunjunngi...
sekian

salam perpaduan faris petra
-hameghazali-

Monday, November 23, 2009

FAISCO

Dengan nama Allah

Salam semua.
Dijemput semua sahabat-sahabat serta warga farisian yang lain untuk turut serta dalam YahooGroup komuniti islam SMSTMFP.

InsyaAllah moga kita dapat sama-sama memberi peringatan antara satu sama lain. Walaupun anda bukan ahli BPI atau badan naquba' di sekolah. Tak mengapa. Kita sama-sama membina kembali ukhwah sesama kita melalui YG ini nanti. InsyaAllah. Sebarang perkongsian amat dialu-alukan.

Sila daftar di sini:
FAISCO

Thursday, November 19, 2009

Pendebat SMSTMFP

Pendebat SMSTMFP, sila rujuk this blog as our official blog.
http://debatbmbifp.blogspot.com
Facts akan diupdatekan dari semasa ke smasa.
Kemungkinan juga jadual trenin akan di update disini. (akan dibuat oleh, pengurus trenin debat SMSTMFP, Azrizal F4'09 utk team Bi, n Shahiran F4'09 utk team BM dengan kerjasama guru penasihat/jurulatih masing-masing). .
Semua Farisian, sokonglah pendebat kita.
Silalah join debat ye.jangan malu2, nnti rugi!.=)
Kepada bekas pendebat, turunlah sekali sekala menjenguk adik2 yang nak belajar berdebat. kesian sangat kat diorg. we have to help them.

Pasukan debat BM n BI SMSTMFP 2008. (Di UiAM open)



Gambar-gambar sewaktu letihan intensif debat,Mei 2009 di SMSTMFP.