Sunday, August 23, 2009

KUARANTIN

Selama satu minggu sebelum cuti penggal sekolah, premis SMS Tengku Muhammad Faris Petra ditutup kerana tiga orang pelajar disahkan positif menghidap H1N1. Akan tetapi, para pelajar tidak dibenarkan pulang kerana dikhuatiri akan menyebarkan virus di luar sekolah.

Selama tujuh hari berada di sekolah, keadaan terasa menyesakkan, dan paranoia mengasak di dada kerana ancaman virus itu terasa terlalu dekat sekali. Tambahan pula dengan budak-budak yang tak faham bahasa kerana walaupun berkali-kali dipesan agar mengambil langkah berjaga-jaga semasa kuarantin tidak juga dituruti (agaknya kerana mereka sudah terbiasa tidak mematuhi peraturan, apabila diberi arahan, mereka sukar mengikutinya; atau pun sudah menjadi lumrah kejadian seorang manusia yang sememangnya suka bersikap endah-tak- endah!).

Pelajar-pelajar yang dikuarantin pula ditempatkan dalam bilik sakit, bilik TV dan musolla lagi menambahkan kesulitan. Siapa yang tidak teringin menonton televisyen sepanjang tujuh hari yang tidak diisi dengan sebarang prep atau waktu persekolahan? Hanya berada di asrama sepanjang hari.

Pelajar-pelajar pula dikehendaki memakai topeng muka, tidak digalakkan berada di masjid atau tempat-tempat sesak dan orang ramai, oleh sebab itulah prep dan waktu persekolahan dibatalkan, kecuali bagi pelajar-pelajar Tingkatan Tiga dan Lima yang mengambil peperiksaan percubaan, mereka dikehendaki menghadiri peperiksaan.

Keadaan sememangnya terasa bebas dan seolah-olah tiada peraturan kecuali mengambil langkah berjaga-jaga. Tidak perlu lagi terkocoh-kocoh ke kelas pada waktu pagi, atau ke masjid pada waktunya, tiada lagi al-ma'thurat yang dibaca di musolla atau bilik TV. Tiada lagi uniform sekolah atau kerja sekolah sepanjang tujuh hari. Hanya sekadar makan, tidur sahaja. Best kan?

Tetapi, lama-lama tu rasa bosan pun adalah jugak. Pada masa itu mulalah ada yang buat kerja tak tentu hala itu.

Pada masa inilah juga, ramai yang menunjukkan sikap 'setia kawan' dan 'prihatin' mereka terhadap rakan-rakan yang dikuarantin. Ramai yang memasuki bilik-bilik kuarantin walaupun sudah ditegah, malahan mereka mendakwa diri mereka sebagai 'penjaga peribadi' pesakit berkenaan. Amboi-amboi, lpandai-pandai antik diri sendiri lah tu ya?

Yang dikuarantin juga tidak seperti orang kuarantin. Bukan sahaja bilik mandi itu terpaksa berkongsi dengan mereka, (itu lainlah, memang dah tak boleh buat apa), tetapi mereka berjalan-jalan sana-sini dengan sesuka hati sahaja, ada yang tidak memakai topeng muka pun! mereka menggunakan telefon awam dan kemudahan 'water cooler'. Orang lain pun macam 'oblivious' sahaja dengan ancaman kuman itu dan dengan senang hatinya menggunakan kemudahan tersebut. Ada yang dikuarantin itu mempunyai kawan-kawan dan 'geng' yang terlampau 'setia kawan' lah kut, kalau kawan-kawannya tidak masuk sekali ke dalam bilik kuarantin, maka dia sendiri akan keluar bilik kuarantin dan ber-'picnic' di luar.

Yang lelaki pula tiap-tiap hari tengok bola kerana Aspura sudah dilengkapi dengan laman menonton televisyen yang baru, lengkap dengan set TV yang baru dan ASTRO, jasa ex-PK HEM kami, En. Ahmad Hamdany. Tidak salah menoton bola, tetapi apabila orang azan pun terjerit-jerit macam orang gila, siapa yang tak bengkerk ? Macam manalah tengok bola sampai tak ingat dunia macam tu? Orang azan buat-buat tak dengar. Kalau orang berbual semasa azan pun sudah berdosa, inikan lagi menjerit-jerit dan menempik-nempik macam gajah meta? Ada satu masa tu daripada azan maghrib sampai isya' terpekik terlolong. Nak menjerit tengah-tengah malam and pagi buta tu, bagi saya tiada masalah kerana saya memang dah tidur mati pun, tetapi bagi orang lain, agak mengganggu kut.

Apabila rasa jemu bertandang, mulalah tengok 'benda pelik-pelik'.

Bagi yang exam pula kerana takut result teruk, atau pun angkara menurut rasa malas nak study itu, ber-sms dengan rakan-rakan SBP lain yang sudah mengambil peperiksaan percubaan. Di situlah soalan-soalan dibocorkan, bukan setakat itu sahaja, SKEMA JAWAPAN pula dibocorkan. Bukan nak kata cikgu tak harap pelajar-pelajarnya menjadi genius, dapat skor 50 per 50, tetapi kalau dah jumpa bahan bukti tu, dah tak boleh buat apa pun kan? Hasilnya, tindakan yang kononnya 'convenient' itu akhirnya menyusahkan orang lain juga, terutamanya bagi golongan yang tidak meniru ini kerana terpaksa diperiksa semula.

Jelas, H1N1 ini tidak menghadirkan walau sedikit pun keinsafan dalam diri masing-masing, malahan lebih banyak pula manusia yang bergelumang dalam maksiat. Sudahlah tidak ke masjid untuk solat, pakaian di asrama pun..mengalahkan pelacur, ada juga yang keluar berjumpa 'gewe' di kelas lah.. Sad to say, itulah hakikatnya, bukan bercakap kasar ya. Geram sangat dengan budak-budak tak faham bahasa itu.

Saya tahu bicara saya ini banyak berbaur rasa tidak puas hati. Saya sebenarnya berniat untuk mencoretkan peristiwa-peristiwa yang berlaku selama seminggu "tanpa peraturan sekolah" dalam ton yang lebih humor, tetapi lain pula jadinya kerana sakit hati dengan perangai manusia. Lagipun, baru-baru ini telah dikhabarkan bahawa H1N1 mungkin akan ada 'second wave' ataupun 'third wave', maknanya, ancaman H1N1 ini belum berakhir, lagipun bilangan kematian akibat H1N1 juga semakin meningkat di negara kita dan di seluruh dunia. Jangan tunggu sampai mati baru nak ada kesedaran sudahlah. Pada masa itu, semuanya sudah terlambat!

Saturday, August 1, 2009

ada benda utk difikir bersama. .

erm,. . memandangkan lama aku x post something kat sini sbb too busy with my life, so, aku terpikir utk update blog ni pasal benda2 yg boleh difikir bersama. .

1.Perasan @ tidak, ramai student yg very struggle utk UPSR,PMR sampailah ke SPM tp, bila dah cemerlang n dapat masuk U x kira laah dalam @ luar negara, kecundang di peringkat univct, walhal, di univct lah kita sepatutnya betul2 struggle sbb kat situ masa depan. . so, pesan aku, don't n never give up walaupun kita dah dapat flying colour result dari UPSR sampailah ke SPM!!! . .n pesan aku yg fail or result alakadar upsr n pmr @ SPM, don't worry sbb, Masa utk betul2 struggle belum tiba!! hehe. .
2. Siapa tahu untuk apa anda dapat AKADEMIK yang cemerlang gila babi di sekolah or univct kalau xda communication skill????? Kalau yg level SPM, AKADEMIK cemerlang HANYA utk attend interview dapat scholar jaaaa. . kalau xda communication skill, tu jee laaa yg ko dpt dr yg ko letih2 struggle dr UPSR sampai ke SPM. . samalh kalu ko masuk IPTA yg x diinterview pun masuk, kalau kau struggle gila babi kat univct nanti, dapat 4.0 lg, kalau communication skill xde, ko hanya lulus @ layak utk interview kerja. . yg dapat 3.2 + good communication skill, yg 3.2 layak dpt kerja. . study "lite2" jee sbbb dpt 3.2 jaa. . so, macamana??? student slalu abai BM, BI. . ala2 bleh skor A laa. . tp, sbb kita x blajar dari benda2 tu laa, kita dah terlepas byk proses utk improve kita punya communication skill. .
aku x minta korg kata betul @ tak utk hal ni sbb ini pandangan aku dan korg ada pandangan korg sendiri. . so, all da best utk adek2 di Faris Petra dan Abg2 yg dah baru grad n sedang carik kerja. .
pray for my success!!!!