Friday, January 30, 2009

Bahaso Kito, Baso Kito

Assalamualaikum,

Saja manira menumpang menulis di blog ini memandangkan banyak yang perlu dikongsi tentang sekolah kesayangan kita. Semakin jauh (maknanya semakin tua) kita dari faris petra, bibit rindu berputik dengan lebih lebat.

Baiklah, dalam kesempatan sebelum cuti Raya Cina melabuh, manira ingin kongsikan bahasa dek segala pertuturan, sama ada zahir, batiniah, terungkap mahupun terladeni, melalui perkataan mahupun liuk pergerakan badan, kepimpinan dan sahsiah, senario dan rentetan, yang terbalut dalam kehidupan di FAris.

Baru sahaja manira dengar sebenarnya kemalangan yang dihadapi seorang teman manira. Sekarang di HUSM, patah tulang belakang dan mengalami pendarahan otak. Manira terkelu mendengar semua itu. Masakan seteruk-teruk perkara yang boleh terjadi ialah kematian di Faris Petra, namun mendepani seorang teman yang sakit bukanlah bererti manira senang duduk. Darah manira juga berderau, mencari kepastian.

Manira lemah, bahasa kusam yang terungkap sebegini tambah membelenggu manira. Semua penuntut di Faris pernah merasainya. 2004 seorang pelajar meninggal dunia, dan tahun lepas sahaja 2 orang menghembus nafas terakhir. Juga sepanjang tempoh 5 tahun kita di sini, mungkin keluarga kita sendiri dijamah malaikat maut. kedua-dua nenda manira sendiri meninggal dunia semasa manira berada di Faris. Al-fatihah buat mereka agar aman roh mereka. Manira bukan cuba membesar-besarkan perkara maut ini, kerana semua itu hak Allah. Namun, kita juga perlu bersedia kerana nyawa boleh terbang dengan sekelip mata.
Manira amat berharap teman manira akan cepat sembuh. 5 tahun bersamanya amat bermakna, biarpun manira kurang rapat dengannya, manira tak mahu bersedih, meratap, berduka lara. Manira sarankan kepada semua keluarga Faris agar sentiasa berjaga-jaga dan bersedia. Bukan saudara sahaja yang akan berduka, kesemua keluarga akan terasa jua..lagi pedih mungkin
Manira sudahi dengan Wassalamualaikum...

No comments: