Wednesday, December 29, 2010

Shell Scholarship

Okay, since ramai haprak yang mai tanya aku, and nak explain punya la susah and panjang berjela, eloklah, aku postkan saja ye cara-cara untuk apply shell punya scholarship. sebagai mukadimahnya, ramai gila yang macam malas nak apply shell sebab leceh macam sial. my batch only me and wan amirah balqis je yang apply, we both got the interview, but we didn't get the scholarship.

so, kenapa aku kena susahkan diri dengan benda leceh macam haram ni?

jawapannya, adik-adik sekalian.

sebab, nak dapat opportunity dapat scholarship overseas ni susah! dahla JPA dah nak tak nak bagi, so, you can only hope for corporate bodies punya scholarshipla untuk dapat overseas punya, tapi corporate bodies ni biasala, bagi sikit je scholar dia. let's say sime darby 5 orang, khazanah 5 orang, etc. etc. kalau kau apply khazanah je, your chances nak dapat sikit je kan? sebab ada 5 tempat je. kalau kau apply sime darby and khazanah at least ada 10 tempat kan? so, dah apply dua tu, tambahla shell satu lagi. alah, tak mati pun kalau bersusah sikit. memang proses penapisan scholar badan korporat ni susah gila, tapi tak mustahil and kalau dapat tu memang berbaloi la segala penat lelah sebab scholarship diorang MEWAH siot. tak macam JPA. (tapi aku dah bersyukur dah dengan JPA, alhamdulillah). and disebabkan Shell ni Al-Leceh, tak ramai yang nak apply, bila tak ramai yang nak apply, so, increase your chances nak dapat. tak gitu? satu lagi, rezeki kita ni di tangan Tuhan. janganlah bajet. "oh, aku dah rajin gila apply banyak-banyak, malasla aku nak apply shell." what happens kalau semua yang kau apply tu semua kau tak dapat? tak salah kan jadikan shell sebagai back-up plan? kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. macam aku dulu silap perhitungan. menyesal tau tak. nasib baik Tuhan Maha murah hati nak bagi jugak aku merasa scholarship, kalau tak..sia-sia je result cantik aku. takde tempat nak pergi belajar. nak kahwin, takde orang nak. nak jadi isteri pun, pergh. bangun time matahari terpacak di atas kepala. jangan mimpi la. hahhaha. selingan jap. so, janganlah rasa secure sangat ye, adik-adik. always have a back-up plan.

Okay, punya la berjela mukadimah, saja nak bagi motivasi sikit ye.

STEP ONE!

Gi kat website ni:

http://www.shell.com.my/home/content/mys/aboutshell/careers/students_and_graduates/scholarship/

Okay, seterusnya, click kat arrow merah apply now tuh. Oh ya, and you guys kena register dulu untuk apply benda alah ni. aissyy..sedap je aku ngata.

STEP TWO!

Page ni akan appear:


nampakkan yang arrow merah tu?

click on that link, then you will automatically download soft copy BORANG YANG KENA ISI, PRINT, SCAN AND UPLOAD balik masa nak submit application. kan aku dah kata leceh.

namppakan yang arrow warna hijau tu?

you click on that link, dia akan bawak you ke satu page ni:


nampak tak rectangle warna purple (okayla fuchsia tu?)

Tu kalau korang belum register, click ke situ dan ikut je arahan dia.

yang rectangle warna green tu kalau dah register ya. you click on that it will bring you to BORANG ONLINE yang you all kena isi and submit secara online. Borang dia macam tricky gila and you all kena BACA ELOK-ELOK masa isi. you all tau sebab apa? Sebab Shell ni kan, dia istimewa tau. Borang untuk mintak scholarship dia adalah borang yang SAMA untuk orang local dan international nak apply kerja dengan diorang. So, ada some of the requirements you all tak perlu isi pun. aku dah tak ingat dah amende benda pelik dalam tu specifically, tapi, korang baca elok-elokla, use your brain. tak paham istilah BI, maih, tanya aku kalau aku free. aku boleh tolong setakat mampu. hahah.

anyway, untuk guide korang isi borang online tu, diorang dah tolong sediakan dah yang ni. gua suggest lu baca dulu before isi ya.


nampak itu arrow biru?

yang tu shell punya baik hati bagi guide untuk you all isi borang online kay. baca tau.

and nampak tak yang circle warna purple (okay fuchsia tu)?

yang tu emel diorang, kalau you all tak jelas ke apa, boleh emel diorang. ini adalah salah satu sikap murni yang perlu diamalkan iaitu sentiasa bertanya. malu bertanya sesat jalan ok. ataupun, you all call je shell tu. tapi jangan kacau diorang luar office hours plak k. aku dulu punyala sakit jiwa nak isi application dia berapa kali aku call.

STEP THREE!

Okay, dah isi borang yang kena print tu kan? tandatangan leklok, and then check dia mintak dokumen apa. usually cam biasa la kan IC sijil semua tu. sekali lagi, BACA ELOK-ELOK dia nak apa.

Next step, kau fotostat semua segala sijil dokumen kau tu, then sahkan dengan pengetua skolah atau pegawai kerajaan. Ala, KJ sayang kan ada, jangan malu-malu. Jumpa dia, kirim salam I kat dia tau. eww, gediks.

Selepas certify, THIS IS the tricky bit!!

You kena scan and save dalam jpeg format. And bila scan tu kena dalam resolution PALING KECIL tau. tau sebab apa? Okay, we'll get to that, for now, do as you are told kalau nak hidup you mudah sikit nak apply benda leceh ni. muahahahha.


STEP FOUR!

oh, aku lupa mau cakap. Si Shell ini pun mintak kau orang sediakan CV. apa itu CV? aku pun tak ingat CV stands for what. Tapi CV ni basically RESUME la. RESUME ni macam summary of all our kelayakan akademik dan pencapaian ko semua tu, bagi budak lepas SPM la, kalau yang dah kerja resume tu bukan saja  state what degree you have, but also your working experience, but we'll come to that later. kalau nak contoh CV, boleh je google. kalau nak aku punya, boleh je. drop me a message on FB. oh, and make sure CV is organized and easy to read. do it in point form.

STEP FIVE!

rujuk balik borang online kau orang tu. Dia akan ada bahagian suruh upload file. Dia ada 3 file, dan setiap tiga file ni ada limit dia.

okay, file pertama you all kena upload ialah CV. pastikan dalam file microsoft word ataupun file yang kecik saiznya.

file kedua ialah borang yang you all print, isi, scan balik tu. pastikan scan dalam resolution paling rendah. and kalau dalam jpeg format, masukkan dalam word file and save. tu je cara aku tahu untuk mengecikkan file dia. or kau boleh store sebagai pdf, tapi make sure pdf tu kecik, kalau boleh compress, compress.

file ketiga ialah segala sijil yang kau orang scan tu. HA! ni masalah agungnya, semua image yang scan tu, you all kena jadikan dia word file. letakla semua susun macam gambar kat atas word file tu. and make sure yang wajib ada. kalau file masih besar. pilih-pilih sijil ko-kurikulum mana yang kau nak hantar. kalau ada testimonial, pastikan testimonial tu ada. yang lain takde pun takpe. so, save. make sure saiznya kecil.


dia tak cakap actually in which order kau orang kena upload file tu, tapi tu cara aku buat dulu la. tak tahula kalau korang kreatif lagi boleh shrink kan lagi file tuh. itu atas engkaula. but best of luck, Step 5 ni la yang paling leceh. Aku hantar benda alah ni tepat-tepat jam 12 tengah malam tarikh tutup dia. Aku nangis ingat usaha aku sia-sia upload. banyak masalah tau masa nak upload, page lambatla, page time-outla. Shell ni memang buat aku berdrama ok.

Tapi nasib baik dapat gak ah interview. Interview dia pun cam best ah. Through the phone. Tak payah berdepan pun dengan orang dia. kau nak cakap kat telefon pakai baju tidur pun boleh. haha. dalam 1 jam gitu la duration dia. and dia ada dua bahagian. tak ingatlah pasal apa tajuk dia. tapi lebih kurang macam pengetahuan am and memberi pendapat. something like that. I suggest you read pasal environment, marketing, pasal shell, economy, corporate social responsibilities. diorang akan inform melalui emel atau call selalunya dapat ke tak. kalau lulu phone interview, dia buat group interview plak. tapi aku tak sampai stage tu, jadi aku tak tahula macam mana.

Okay, selamat apply dan selamat berjaya. I wish you all the best! Hope this helps a lot, k.

wassalam.

1 comment:

akmal farhan said...

tima kasih kak kamilah :D