Thursday, July 30, 2009

"terbanglah walau tanpa sayap"

In the name of Allah
salam buat semua warga n x-farisian

...

dah lame tak post something kat sini.
harap semua sihat-sihat n happy happy.
beberapa minggu yang lalu berkesempatan ziarah sekolah.
first2 masuk,
"sekolah sape ni?" =)

banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal.
banyak penambahbaikan yang dilakukan. bagus-bagus..:)
tapi agak sedih, pohonan hijau semua nampaknya hampir pupus dari
bumi faris itu.
kene buat kempen tanam pokok neh:)

jumpa cikgu-cikgu.
jumpa adik-adik.
teringat zaman sekolah dulu-dulu.
terasa "mood" and "atmosphere" sekolah tu datang menyelinap.

HIDUP INI PENUH WARNA

betul!
hidup ini penuh warna. ada warna yang ceria dan ada kalanya kita akan berhadapan dengan warna-warna yang kusam.
bila melangkah kaki ke sekolah dan melihat kelibat adik-adik,
muncul pertanyaan ini:
"apa yang mereka fikirkan tentang hidup?"
setiap dari kita mempunyai definisi yang tersendiri tentang hidup.
zaman sekolah adalah antara zaman yang paling ceria.
tapi zaman selepas sekolah adalah indah.
kalau nak tahu kenapa kak win cakap indah, nanti email k..:)
jawapan sulit! :)

setiap ujian dan nikmat yang datang menimpa diri sebenarnya adalah di bawah kekuasaan Allah. jika Allah mentakdirkan kamu mendapat kebaikan, maka kebaikanlah yang kamu perolehi. jika musibah yang telah Allah tetapkan, maka musibahlah yang akan menimpa dirimu.

tapi ingat! jangan mudah untuk berprasangka buruk dengan Allah.
Allah itu dekat:)
jemput ke blog kak win. ade penerangan sedikit tentang ayat ke 186 dari suroh al-baqarah dalam post: "yang dicari..."

...

alhamdulillah.
rayuan untuk meneruskan pengajian di Kanada diluluskan oleh pihak JPA.
minta kalian juga doakan kak win.
moga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan.ameen
mungkin Allah tak makbulkan doa kak win, tapi Allah makbulkan apa yang kalian doakan.
kita tak tahu, kan?
dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui :)
have faith and put trust in Him.

salam muhasabah
...

2 comments:

Ainul said...

congrats awin!!! ;)

at-toriQ said...

tQ dear:)
doakan win gak ek..
moga dipermudahkan segalanya.
btw,eno fly bile?