Asslamu'alaikum warahmatullah.
Hey! Hey! Hey!
Nampak gayanya, dah hampir setahun agaknya saya tidak berblog di sini. Harap maaf ye. Kebanyakan masa yang ada, saya tumpukan pada blog sendiri terlebih dahulu.
Oh ye, memandangkan warna 'fonts' yang lepas kelihatan sangat kurang sesuai, maka, saya telah mengambil keputusan untuk menukarkan 'template' blog ini, dengan latarnya masih kekal bercorak kayu itu. Saya memilih sesuatu yang lebih 'simple' berbanding yang sebelum ini, maklumlah, 'less is more'. Karang sarat sangat, hanya akan menyebabkan blog TFC kita ini lambat atau mengambil masa untuk 'loading'.
Saya telah melakukan sedikit demi sedikit perubahan hanya sekarang, kerana sebelum ini, Kamilah, saya tinggalkan untuk menguruskan segalanya. Maaf ye, Kam, saya telah banyak menyusahkan kamu. Namun, memandangkan Kam kelihatannya agak sibuk dengan pelbagai temuduga dalam memohon biasiswa, eloklah rasanya, saya mengambil alih kembali buat seketika.
Buat penulis-penulis [authors] blog ini, jangan segan-silu mencurahkan buah fikiran anda. Seperti kata Kam jua, jadikan laman ini sebagai satu wadah ilmiah untuk dikongsikan bersama. Maka, untuk memudahkan anda, 'New Post editor telah dinaiktarafkan. 'Upgraded version of New Post Editor' ini lebih mudah digunakan di samping terdapat pelbagai 'features' yang disediakan, seperti 'strikethrough', fungsi 'undo' & 'redo', 'jump break' dan lain-lain lagi. Manfaatkan kemudahan ini ke tahap yang optimum supaya kita sama-sama dapat meningkatkan mutu laman TFC ini.
Nampaknya, dah panjang lebar saya berceloteh. Setakat ini sahaja ye. Di lain masa, jika ada kesempatan, saya akan kongsikan bersama tip-tip berblog setakat yang saya tahu, dengan harapan, blog-blog anda mampu menarik ramai pengunjung dan pada masa yang sama, menjana pendapatan lumayan. Bagaimana?? Tunggu sahaja.
Sebelum saya meninggalkan seketika lama TFC ini, jangan lupa, tinggalkan alamat emel atau 'link' blog anda di ruangan komen atau ke emel saya atau Kam. Saya, kini, kurang menggalakkan anda berbuat demikian di ruangan chat, kerana khuatir kami akan terlepas pandang.
Itu sahaja.
Sekian, salam sayang dan rindu dari saya.
No comments:
Post a Comment