Monday, June 8, 2009

WANG SAKU PELAJAR

* Merujuk surat yang bertarikh 18 Mei 2009, yang dihantar kepada ibu bapa melalui para pelajar sebelum pulang pada cuti pertengahan tahun dan telah ditanda tangani oleh Tuan Pengetua, En. Kamarudin Bin Jaafar..sekadar memetik beberapa kandungan.

2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan membina budaya pengurusan berhemat para pelajar yang selari dengan peraturan Sekolah Berasrama Penuh.

3. Oleh itu, pihak sekolah menguatkuasakan peraturan Wang Saku Pelajar di tangan hanya maksimum RM 10.00(Ringgit: Sepuluh sahaja pada setiap masa).

4. Kerjasama tuan/puan dalam hal berkenaan akan membina pengurusan berhemat para pelajar sekolah ini.

Melaui surat ini, sy tidak dpt lihat apakah rasional budaya pengurusan ini. Sekadar selari dgn peraturan SBP. Adakah melalui para pelajar ke kantin membawa wang sepuluh ringgit, kejadian mencuri di asrama tidak akan berlaku?
Meskipun, hanya ada RM10 sahaja pada setiap masa sy melihat ia merupakan fenomena lazim dan tidak mampu untuk membentuk budaya pengurusan berhemat pelajar. Jika pada waktu rehat RM10, kemudian, sebelum menghadiri PREP petang bawa lg RM10 untuk singgah membeli di kantin dan pada malamnya pula, bawa lagi RM10 untuk membeli di koperasi, menjadikan dalam satu hari RM 30 bg setiap pelajar, adakah ini dikatakan budaya berhemat? Pada firasat sy, tidak perlulah pihak sekolah mengeluarkan surat ini lantaran sekadar membazir kertas dan dakwat kerana tidak memberi kesan apa-apa. Apabila membazir kertas dan dakwat, maksudnya membazir wang. Apabila membazir wang, tiadalah budaya berhemat. Akhirnya, apabila tiba waktu peperiksaan, foolscap paper tanpa cop sekolah diberikan pada para pelajar.

Wassalam...

No comments: