salam saya ucapkan dari kediaman saya di kubang kerian.
hari ini merupakan hari yang kelima serangan israel[laknatullah] ke atas genting gaza.
saya menerima banyak mesej dan sms daripada para sahabat untuk kita sama2 berdoa ke hadrat Illahi, supaya rakyat palestin mampu bertahan dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T..
di sini, saya ingin mengungkapkan rasa kecewa saya kerana, pada saat2 rakyat palestin berjuang dengan maut, kita di sini [terutamanya yang menyambut tahun baru dengan 'gilang-gemilangnya', bertemankan konsert dan bunga api], seakan-akan alpa dengan penderitaan rakyat palestin, saudara seislam kita.
hanya dubai[setakat yang saya baca di dalam akhbar utusan malaysia] yang membatalkan pertunjukan bunga api untuk menyambut tahun baru, atas dasar kemanusiaan, bagi sekurang-kurangnya berkongsi rasa penderitaan, meskipun tidak secara langsung, dengan rakyat palestin.
saya berharap, 'palestinian week' yang dianjurkan pada setiap semester di cfs, iium,pj, dapat menyumbangkan sesuatu bantuan kepada saudara kita di sana.
untuk maklumat lanjut mengenai keadaan di palestin, sila layari, palestinkini:suara peduli palestin.
1 comment:
::: kehidupan di-dunia bukan tempat untuk menerima balasan bagi orang yang beriman .. tetapi dunia ialah tempat untuk menduduki ujian yang telah allah tetapkan mengikut kadar iman masing-2 ..
sesiapa yang berjaya melalui ujian yang telah allah berikan semasa hidup di-dunia dulu .. maka merekalah golongan orang-2 yang berjaya .. dan akhirnya merdeka / selamat dari api neraka .. inilah kejayaan sebenar yang telah allah sebut di-dalam al-quran .. melalui lidah nabi muhammad s.a.w .. :::
Post a Comment