Sunday, December 6, 2009
cadangan
baru td sy melayari salah satu blog kisas iaitu blog badarkisas.blogspot
yang mane merupakan blog badan kepimpinan pelajar islam di kisas..
tp..ape yg saye ingin smpaikn ialah..betape saye kesal dan kecewa apabila menyedari...
tiada 'link' atau pautan untuk ke blog badan kepimpinan pelajar Islam di faris petra...
tidak sprti SAS,SSP..yg sudah ader blognyer sendiri..
jd cadangan sayer..aper kate bpi faris petra pn bwat begitu..
sayer rase x salah..dan pelajar2 ader jgak blog yg blh dikunjunngi...
sekian
salam perpaduan faris petra
-hameghazali-
Monday, November 23, 2009
FAISCO
Salam semua.
Dijemput semua sahabat-sahabat serta warga farisian yang lain untuk turut serta dalam YahooGroup komuniti islam SMSTMFP.
InsyaAllah moga kita dapat sama-sama memberi peringatan antara satu sama lain. Walaupun anda bukan ahli BPI atau badan naquba' di sekolah. Tak mengapa. Kita sama-sama membina kembali ukhwah sesama kita melalui YG ini nanti. InsyaAllah. Sebarang perkongsian amat dialu-alukan.
Sila daftar di sini:
FAISCO
Thursday, November 19, 2009
Pendebat SMSTMFP
Monday, November 16, 2009
Anak Faris Petra dan SPM
Noktahkan di situ,
Kerna ilmu tuntutnya wajib hingga ke barzakh.
Lelah dipukul guru ?
Noktahkan di situ,
Kerna guru kandil bernyawa restunya ke najah.
Penat membelek buku ?
Noktahkan di situ,
Kerna sahabat ini helaiannya melekat di wajah.
Risau menempuh ujian?
Noktahkan di situ,
Kerna ilmu tak berhenti dilarik di kertas cuma.
MOGA BERJAYA CALON SPM 09
Friday, September 25, 2009
"salam dari kanada"
Salam dari kanada buat sahabat-sahabat, adik-adik serta warga farisian semua.
Alhamdulillah hampir 3 minggu berada di sini.
Carleton University, Ottawa, Ontario, Canada.
p/s: sape2 nak datang/sambung degree kat sini, let me know k.=)
Canada (or should i say Ottawa?) is totally different with Subang Jaya ( i was doing my high school there> taylor's university college).
Ottawa is really a quiet city.
Takde traffic jam! yeay!
it is a good place for study purpose.
pelajar Malaysia kat canada tak seramai kat ireland, uk, us, jepun etc.
tapi semakin lama semakin bertambah setiap tahun.
canada is really cold!
mase awal-awal sampai sini, mengantuk je kerja (sekarang pun).coz terlalu sejuk (which make me tend to sleep..hehe). masih cuba adapt dgn perubahan cuaca.
senior cakap winter here is 'kejam'. we'll wait and see. hurmm~
there are 2 main seasons here> summer n winter. spring n fall kejap je.
...
ok, dah lupe tujuan sebenar.
dear all,
i got something to tell you guys( especially for those who are going to pursue studies in overseas)
BE PREPARED!
rohani, jasmani.
latih diri berhadapan dengan 'perkara-perkara di luar jangkaan' dan bagaimana untuk uruskan hidup bila sendirian( means, without your parents beside you).
culture shock mungkin akan terjadi pada sesiapa yang belum pernah keluar dari 'kepompong selesa'.
Alhamdulillah, setakat ni, semua ok.
nak tahu kenapa?
sebab dah kene culture shock mase kat taylor's dulu.
but then, I know and I believe.
Allah hantar diri ke taylor's sebagai persediaan menghadapi ragam manusia dan hidup di canada ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
kak win/win berkata-kata di sini bukan hanya bicara kosong. InsyaAllah.
i really want u guys to be prepared. tak semestinya hanya untuk mereka yang akan ke oversea sahaja. Malaysia sekarang pun dah macam barat.
Bila keluar dari sekolah, u'll face another chapter in your life.
Be prepared for that chapter.
Jiwa remaja yang bergelora akan mempengaruhi kita untuk melakukan sesuatu 'di luar kebiasaan' dan sesuatu yang baru yang tidak mendatangkan faedah sedikit pun.
Kita adalah muslim. Seorang muslim harus kuat pegangan akidahnya. Bersedialah dari sekarang. Bersedialah untuk keluar dari kepompong selesa dan menuju episod hidup yang seterusnya.
Carilah kembali siapa penciptamu. Bila kita tahu dan sedar yang kita sebenarnya hanyalah hamba kepada Pencipta, InsyaAllah urusan kita akan lebih tersusun dan kita juga akan berasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang membawa kemurkaanNya.
InsyaAllah. doakan kak win/win juga. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Moga hidayah ynag diberikanNya kepada kita ini dapat kita syukuri setiap ketika dan masa.
Semoga kamu semua terus sukses. Doakan kak win/win di sini juga.
...
salam.
pss:nape takde option insert gambar ek?
ingatkan nak masukkan gambar raye haritu..huhu
nanti sape2 yang taw, let me know k.
...
=)
Marhaen
The thing is for anak Faris Petra like all of us, we will face the dreaded SPM sooner or later, and when that time comes, we are anxious to finish the war, to finish our live in this campus. So I appologise for all of my mistakes and my friends' of batch 0509 and 0809, because all of us are marhaen. Even if, on outer appearence, we are failing, but we are all doing the best for the school, not just ourselves. Wish us the best of luck....
Because we really need all the best of wishes we can get.....
Syawal yg mulia.
Dari, Imran Muiz.
Monday, September 21, 2009
Beraya is Good,but
Pakai baju baru,
seluar baru,kain baru,azam baru dan duit raya.
itu memang betul...
Bagaimana pula penghayatannya??
itulah persoalnnya,bagaimana kita mengisi jiwa raya kita.
Di hari yang mulia ini,elok juga kita eratkan hubungan silaturrahim antara kita semua.
lupakan sahaja sengketa yang tebuku di hati,,,
sama2 kita bermaafan untuk mengeratkan ukhuwah sesama muslim..
ha, satu lagi, tak lama lagi ada sambutan hari raya peringkat sekolah.
kalau diikutkan pengalaman lama,
guru2 tidaktahu kene pakai baju raya pada hari itu.
harap2 perkara begitu tak berlaku la ye pada raya kali ini.
Salam kemaafan dari saya
Saturday, September 19, 2009
to my beloved additional maths teacher-Pn noterzam
no,its nothing actually..just wanna wish all the farisians, ex-farisians, and also the future farisians..
happy eid al fitr.
the main purpose of this post is actually to ask a favor from all the farisians..
can all of us pray for the health of puan noterzam.
she's on her medical leave right now..
i miss my add maths teacher and hopefully she will be as healthy as before as soon as possible.
smoga beliau cepat sembuh..
aminn..
Sunday, August 23, 2009
KUARANTIN
Selama tujuh hari berada di sekolah, keadaan terasa menyesakkan, dan paranoia mengasak di dada kerana ancaman virus itu terasa terlalu dekat sekali. Tambahan pula dengan budak-budak yang tak faham bahasa kerana walaupun berkali-kali dipesan agar mengambil langkah berjaga-jaga semasa kuarantin tidak juga dituruti (agaknya kerana mereka sudah terbiasa tidak mematuhi peraturan, apabila diberi arahan, mereka sukar mengikutinya; atau pun sudah menjadi lumrah kejadian seorang manusia yang sememangnya suka bersikap endah-tak- endah!).
Pelajar-pelajar yang dikuarantin pula ditempatkan dalam bilik sakit, bilik TV dan musolla lagi menambahkan kesulitan. Siapa yang tidak teringin menonton televisyen sepanjang tujuh hari yang tidak diisi dengan sebarang prep atau waktu persekolahan? Hanya berada di asrama sepanjang hari.
Pelajar-pelajar pula dikehendaki memakai topeng muka, tidak digalakkan berada di masjid atau tempat-tempat sesak dan orang ramai, oleh sebab itulah prep dan waktu persekolahan dibatalkan, kecuali bagi pelajar-pelajar Tingkatan Tiga dan Lima yang mengambil peperiksaan percubaan, mereka dikehendaki menghadiri peperiksaan.
Keadaan sememangnya terasa bebas dan seolah-olah tiada peraturan kecuali mengambil langkah berjaga-jaga. Tidak perlu lagi terkocoh-kocoh ke kelas pada waktu pagi, atau ke masjid pada waktunya, tiada lagi al-ma'thurat yang dibaca di musolla atau bilik TV. Tiada lagi uniform sekolah atau kerja sekolah sepanjang tujuh hari. Hanya sekadar makan, tidur sahaja. Best kan?
Tetapi, lama-lama tu rasa bosan pun adalah jugak. Pada masa itu mulalah ada yang buat kerja tak tentu hala itu.
Pada masa inilah juga, ramai yang menunjukkan sikap 'setia kawan' dan 'prihatin' mereka terhadap rakan-rakan yang dikuarantin. Ramai yang memasuki bilik-bilik kuarantin walaupun sudah ditegah, malahan mereka mendakwa diri mereka sebagai 'penjaga peribadi' pesakit berkenaan. Amboi-amboi, lpandai-pandai antik diri sendiri lah tu ya?
Yang dikuarantin juga tidak seperti orang kuarantin. Bukan sahaja bilik mandi itu terpaksa berkongsi dengan mereka, (itu lainlah, memang dah tak boleh buat apa), tetapi mereka berjalan-jalan sana-sini dengan sesuka hati sahaja, ada yang tidak memakai topeng muka pun! mereka menggunakan telefon awam dan kemudahan 'water cooler'. Orang lain pun macam 'oblivious' sahaja dengan ancaman kuman itu dan dengan senang hatinya menggunakan kemudahan tersebut. Ada yang dikuarantin itu mempunyai kawan-kawan dan 'geng' yang terlampau 'setia kawan' lah kut, kalau kawan-kawannya tidak masuk sekali ke dalam bilik kuarantin, maka dia sendiri akan keluar bilik kuarantin dan ber-'picnic' di luar.
Yang lelaki pula tiap-tiap hari tengok bola kerana Aspura sudah dilengkapi dengan laman menonton televisyen yang baru, lengkap dengan set TV yang baru dan ASTRO, jasa ex-PK HEM kami, En. Ahmad Hamdany. Tidak salah menoton bola, tetapi apabila orang azan pun terjerit-jerit macam orang gila, siapa yang tak bengkerk ? Macam manalah tengok bola sampai tak ingat dunia macam tu? Orang azan buat-buat tak dengar. Kalau orang berbual semasa azan pun sudah berdosa, inikan lagi menjerit-jerit dan menempik-nempik macam gajah meta? Ada satu masa tu daripada azan maghrib sampai isya' terpekik terlolong. Nak menjerit tengah-tengah malam and pagi buta tu, bagi saya tiada masalah kerana saya memang dah tidur mati pun, tetapi bagi orang lain, agak mengganggu kut.
Apabila rasa jemu bertandang, mulalah tengok 'benda pelik-pelik'.
Bagi yang exam pula kerana takut result teruk, atau pun angkara menurut rasa malas nak study itu, ber-sms dengan rakan-rakan SBP lain yang sudah mengambil peperiksaan percubaan. Di situlah soalan-soalan dibocorkan, bukan setakat itu sahaja, SKEMA JAWAPAN pula dibocorkan. Bukan nak kata cikgu tak harap pelajar-pelajarnya menjadi genius, dapat skor 50 per 50, tetapi kalau dah jumpa bahan bukti tu, dah tak boleh buat apa pun kan? Hasilnya, tindakan yang kononnya 'convenient' itu akhirnya menyusahkan orang lain juga, terutamanya bagi golongan yang tidak meniru ini kerana terpaksa diperiksa semula.
Jelas, H1N1 ini tidak menghadirkan walau sedikit pun keinsafan dalam diri masing-masing, malahan lebih banyak pula manusia yang bergelumang dalam maksiat. Sudahlah tidak ke masjid untuk solat, pakaian di asrama pun..mengalahkan pelacur, ada juga yang keluar berjumpa 'gewe' di kelas lah.. Sad to say, itulah hakikatnya, bukan bercakap kasar ya. Geram sangat dengan budak-budak tak faham bahasa itu.
Saya tahu bicara saya ini banyak berbaur rasa tidak puas hati. Saya sebenarnya berniat untuk mencoretkan peristiwa-peristiwa yang berlaku selama seminggu "tanpa peraturan sekolah" dalam ton yang lebih humor, tetapi lain pula jadinya kerana sakit hati dengan perangai manusia. Lagipun, baru-baru ini telah dikhabarkan bahawa H1N1 mungkin akan ada 'second wave' ataupun 'third wave', maknanya, ancaman H1N1 ini belum berakhir, lagipun bilangan kematian akibat H1N1 juga semakin meningkat di negara kita dan di seluruh dunia. Jangan tunggu sampai mati baru nak ada kesedaran sudahlah. Pada masa itu, semuanya sudah terlambat!
Saturday, August 1, 2009
ada benda utk difikir bersama. .
Thursday, July 30, 2009
"terbanglah walau tanpa sayap"
salam buat semua warga n x-farisian
...
dah lame tak post something kat sini.
harap semua sihat-sihat n happy happy.
beberapa minggu yang lalu berkesempatan ziarah sekolah.
first2 masuk,
"sekolah sape ni?" =)
banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal.
banyak penambahbaikan yang dilakukan. bagus-bagus..:)
tapi agak sedih, pohonan hijau semua nampaknya hampir pupus dari
bumi faris itu.
kene buat kempen tanam pokok neh:)
jumpa cikgu-cikgu.
jumpa adik-adik.
teringat zaman sekolah dulu-dulu.
terasa "mood" and "atmosphere" sekolah tu datang menyelinap.
HIDUP INI PENUH WARNA
betul!
hidup ini penuh warna. ada warna yang ceria dan ada kalanya kita akan berhadapan dengan warna-warna yang kusam.
bila melangkah kaki ke sekolah dan melihat kelibat adik-adik,
muncul pertanyaan ini:
"apa yang mereka fikirkan tentang hidup?"
setiap dari kita mempunyai definisi yang tersendiri tentang hidup.
zaman sekolah adalah antara zaman yang paling ceria.
tapi zaman selepas sekolah adalah indah.
kalau nak tahu kenapa kak win cakap indah, nanti email k..:)
jawapan sulit! :)
setiap ujian dan nikmat yang datang menimpa diri sebenarnya adalah di bawah kekuasaan Allah. jika Allah mentakdirkan kamu mendapat kebaikan, maka kebaikanlah yang kamu perolehi. jika musibah yang telah Allah tetapkan, maka musibahlah yang akan menimpa dirimu.
tapi ingat! jangan mudah untuk berprasangka buruk dengan Allah.
Allah itu dekat:)
jemput ke blog kak win. ade penerangan sedikit tentang ayat ke 186 dari suroh al-baqarah dalam post: "yang dicari..."
...
alhamdulillah.
rayuan untuk meneruskan pengajian di Kanada diluluskan oleh pihak JPA.
minta kalian juga doakan kak win.
moga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan.ameen
mungkin Allah tak makbulkan doa kak win, tapi Allah makbulkan apa yang kalian doakan.
kita tak tahu, kan?
dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui :)
have faith and put trust in Him.
salam muhasabah
...
Tuesday, July 21, 2009
Tuesday, June 30, 2009
THE NCBL KELANTAN LEAGUE
and , we had secure the second place after been beaten by the KB Blade(of course laa...semue bdak 'u' maen...)
and some of us we qualified to go to 'latihan pusat' to represent kelantan for the nationals..
congrats to all the players!
oh!one more thing..
our pics were in the newspaper!
hahaha
Sunday, June 28, 2009
St. John Ambulance State camp.
this year badges are:
+ road safety
+something about drugs
+community service; and
+casualty make-up
we also managed to win some of the competitions there, which are:
+1st place in Long Case (first aid for boys) Adult category
+1st place in marching for Adult(boys)
+1st place in marching for Cadet (boys)
+2nd place in Nursing (first aid for girls)Adult category
+2nd place in marching for Adult (girls)
+2nd place in Camp Decoration
+3rd place in 'Malam Kebudayaan'
with those awards, we managed to be the overall winner for this year camp!!!
anyways, thanks to teacher Mai for her commitment towards the school platoon.
FARIS IS JUST AWESOME...
Friday, June 26, 2009
pantunmu jual pasti kuborong...
congrates u all!!!
+farriz aziz(yeast)
+syahiran suki
+farahida
+adly hakimi
+ikhmal sahin
tq to cg Aminah n cg Jizah...
ura-ura:
cg Hamdani nak tukar sekolah???
KJ nak 'kuar'???
Saturday, June 13, 2009
Analisa satu keperluan. .
Monday, June 8, 2009
WANG SAKU PELAJAR
2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan membina budaya pengurusan berhemat para pelajar yang selari dengan peraturan Sekolah Berasrama Penuh.
3. Oleh itu, pihak sekolah menguatkuasakan peraturan Wang Saku Pelajar di tangan hanya maksimum RM 10.00(Ringgit: Sepuluh sahaja pada setiap masa).
4. Kerjasama tuan/puan dalam hal berkenaan akan membina pengurusan berhemat para pelajar sekolah ini.
Melaui surat ini, sy tidak dpt lihat apakah rasional budaya pengurusan ini. Sekadar selari dgn peraturan SBP. Adakah melalui para pelajar ke kantin membawa wang sepuluh ringgit, kejadian mencuri di asrama tidak akan berlaku?
Meskipun, hanya ada RM10 sahaja pada setiap masa sy melihat ia merupakan fenomena lazim dan tidak mampu untuk membentuk budaya pengurusan berhemat pelajar. Jika pada waktu rehat RM10, kemudian, sebelum menghadiri PREP petang bawa lg RM10 untuk singgah membeli di kantin dan pada malamnya pula, bawa lagi RM10 untuk membeli di koperasi, menjadikan dalam satu hari RM 30 bg setiap pelajar, adakah ini dikatakan budaya berhemat? Pada firasat sy, tidak perlulah pihak sekolah mengeluarkan surat ini lantaran sekadar membazir kertas dan dakwat kerana tidak memberi kesan apa-apa. Apabila membazir kertas dan dakwat, maksudnya membazir wang. Apabila membazir wang, tiadalah budaya berhemat. Akhirnya, apabila tiba waktu peperiksaan, foolscap paper tanpa cop sekolah diberikan pada para pelajar.
Wassalam...
Dada Berbangga Selapang Angkasa
Perkhabaran baru buat semua warga Faris, SMSTMFP baru sahaja memperoleh 6 orang lagi Guru Cemerlang (GC) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 orang. Memetik kata-kata Cikgu Mokhtar (GC Add Math) "Sekarang ni GC kat Faris bukan setakat teramai di muka bumi, tetapi teramai di seluruh angkasa!!!".
Berikut ialah nama-nama GC yang baru:
- Puan Roziah Ali (GC B. Inggeris)
- Puan Norhayati (GC B. Inggeris)
- Puan Hajah Aminah binti Haji Hassan (GC Matematik)
- Encik Aris Pazilah (GC Geografi)
- Encik Tuan Mohd Khairul Anuar (GC Sains)
- Encik Wan Mohd Saidi (GC Kimia)
- Encik Muhammad Daud (GC B. Melayu)
- Puan Azalina (GC B. Inggeris)
- Cik Zahariah (GC Matematik)
- Puan Noterzam (GC Add Math)
- Puan Zakiah (GC Matematik)
- Encik Mokhtar (GC Add Math)
- Puan Mazinah (GC Biologi)
- Encik Che Ramli (GC Kimia)
- Puan Rodziah (GC Sejarah)
Tahniah buat kesemuanya!!!!!!
Saturday, May 30, 2009
Body Language
At Faris, we have supermodels at their best. Our hopes are high. But its all about having fun and disturbing and annoying SEMOJI.
Thursday, May 21, 2009
SELAMAT HARI GURU
Wednesday, April 29, 2009
SMSTMFP - DEBAT 2009
Monday, April 27, 2009
updates!!
ok for drama zon timur we were champion!!!!!
awards for best costume, director, supporting actor, actor, props, and special effects. the only thing we didn't get was for best script.
drama kebangsaan, we only got for best costume, from what i heard, there was an alleged sabotage to our school team =(.
basketball zon timur champion for both guys and girls. best players were also from our school, syahir naim and tengku nadia
marsya nasyirra was 1st for public speaking zon timur
our school also won the Young Achievers Award competition national level: fikri hisyam, nafis and hairul azman
well, that's all for now.
Friday, April 17, 2009
toilets, tiles and troubles...
not so long ago, everyone in FARIS lives in harmony, then, everything changes when the fire lord appears...
hahaha...
as we all know KJ had brought several changes to FARIS including the toilets, waterfalls, tiles, financial crisis and so on...
so, this post is mainly about asking you guys about what do you think of this new admin and policies brought by the new 'fire lord' KJ...
Saturday, March 28, 2009
EST
>3-5th April HKSBP Zon Timur Drama at our school
>The dining hall is now shocking PINK!
>a 'waterfall' in progress in front of the SAC
> KJ has asked the F5 for some 'sumbangan' to build a 'bumbung' atop the 'verandah' in front of the bilik guru.
>Cikgu Mad is now P.K. Ko, Cikgu Razuki plak Principal for SMK Dabong.
I have yet to get pictures.
Today's discussion is on EST, the supposedly 'killer' subject, among many others like Physics, Add Maths, etc. etc. However, EST is the least favorite one since people don't actually see the point in learning it, yet the marks are so hard to get.
The thing is, before the SPM results were released, the school admin were already discussing wether to not allow students to take EST or not, and then, during the SPM registration, they decided to give an option wether to take EST or not for SPM.
People were okay with that.
UNTIL
the SPM results were released, showing a steep drop in EST performance.
due to that, the principal decided to BAN students from taking EST for SPM.
henceforth, many were not happy with it, especially those who initially take 10 subjects for SPM, so they are only left with nine subjects.
and probably the principal caught sight of my sour face during the assembly, he went to see me personally to convince me to not take EST as well.
>EST has no market value, it is not a prerequisite for scholarship offers
>the teachers at school who teach EST do not have a science degree, and therefore unqualified to teach EST
>A drop in EST performance will do large damage to both the school performance and the students' performance
> 9A's is just as good as 10 A's with a B in EST, in fact better, and 9A's is just enough to be called to an interview.
> it is too difficult to separate the students who take EST into one class and rearrange the schedules.
>the competition for scholarships has increased at an overwhelming rate, and therefore, it is more difficult to be given the priority to be called for an interview when there are many other straight A students with ten plus subjects
>EST is the art of critical thinking, application of general knowledge and knowledge based on the scientific knowledge in Physics, Chemistry and Biology, which the syllabus itself lacks. (talk about memorising facts!)
>even if the teachers who teach EST does not have any degree in science, we can still apply our own knowledge into our essays, and we already have other science teachers as reference. It is the application that is important in EST.
>there is no need to separate the students, the PnP process can proceed without a change in schedule because the EST can proceed with their lesson at the allocated time, whereas the students who do not take EST can use the time for other subjects. Even if the school admin want to abolish the EST period in the schedule, it shouldn't be a problem because EST is a subject that only focusses on application of facts and not learning the facts. Exercises can be given outside PnP hours.
>he already gave a choice intially wether to take EST or not, so the students are not forced to take EST and they can take EST in their own free will. Besides, a student that performs well in EST should be allowed to take EST, so there shouldn't be any problems imposed on the school's EST performance.
so, readers, do share your views on this issue.
SHOULD EST BE ABOLISHED?
Wednesday, March 25, 2009
Our Language Of Loyalty
Friday, March 13, 2009
New Structures
SMSTMFP tersergam indah
antara lantai yang di-tile. pengetua baru ini memang suka akan tile agaknya.
tandas pelajar, tetapi sayangnya tiada pintu pada bahagian luar. agaknya pihak sekolah fikir penghadang itu sudah memadai.
saya kurang pasti apa kegunaan 'verandah' ini.
pintu baru bilik Redaksi Semasa.
kedai koperasi
kantin
struktur lain:
1. bilik arab di sebelah kelas 5 Alpha yang ditukar menjadi bilik add maths
2. bilik stor di antara kelas 3 Beta dan 3 Delta yang ditukar menjadi bilik arab
3. SAC yang terbahagi dua. Satu bahagian SAC, satu lagi bilik gerakan pengawas
4. pondok PIBG (dalam proses)
5. pejabat
6. bilik guru yang di-tile baru
7. makmal komputer yang sudah boleh digunakan
8. dewan besar yang sudah di-tile lantainya
dlm 'pipeline':
1. tapak perkhemahan komersial, lengkap dengan kemudahan
2. driving range
ini sahaja gmabar yang sempat saya ambil sebelum pulang ke rumah. gambar-gambarnya tidak secantik mana kerana diambil semasa terik matahari. InsyaAllah, banyak lagi gambar yang akan di-upload pada masa akan datang.
Sunday, March 8, 2009
X-Farisian Islamic Group
Group ini juga bertujuan untuk memudahkan hubungan sesama bekas pelajar sekiranya ingin mengadakan apa-apa program di sekolah khususnya program keagamaan.
Jadi, marilah kita sama2 sertai group ini dan sebar-sebarkan kepada orang lain.
jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk dan emailkan kpd saudara ridzuan ariffin [keredhaan126@gmail.com] atau lawati laman blognya [http://ridzuanariffin.blogspot.com/]
wassalam
Saturday, March 7, 2009
KOT 2009
sekarang budak2 FAris semua dah kembali menjalankan tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar, iaitu belajar...hehe..the week after KOT tu terus sahaja exam penggal..huhuh
result untuk KOT 2009 adalah seperti berikut..
Rumah yang dipulau: Mahathir
Johan formasi: Razak
Johan kawad kaki: Rahman
Johan khemah: Hussein
itu setakat yang ingatlah, bagi acara pula banyak dimenangi rumah Mahathir dan Razak.
Johan Keseluruhan: Mahathir.
Naib Johan keseluruhan: Razak
Tempat Ketiga: Rahman
Tempat Keempat: Hussein
Thursday, February 19, 2009
Bahasa Senioriti
Bahasa senioriti ialah gugusan perkataan yang tersusun baik dalam percakapan "pergi ambik air dik" mahupun renungan seorang senior kepada junior atas sebab-sebab tertentu. Dipendekkan kisah, bahasa senioriti berpucuk daripada asas "junior hormat pada senior, senior kasih pada junior." Di Faris saya boleh katakan semua orang hanya menegakkan elemen pertama dalam prinsip asas tersebut tanpa mempedulikan kasih sayang tersebut. Jadi cuba fikirkan, jika prinsip pertama sendiri tidak dipatuhi, masakan lagi prinsip kedua mengambil u-turn dan menjadi amarah yang padu, bagaimana?!!
Begitulah yang cuba saya kongsikan di sini, senioriti semakin terhapus!!! Dan saya sudah mengesani perubahannya berbanding ketika saya tingkatan 1. Sebetulnya saya sendiri membenci amalan "seniors take all", sehinggakan junior menjadi medan melepaskan pawaka dan penumbuk. Cukuplah hati saya berjihad untuk memerangi pembulian. Namun keadaannya sekarang berlainan sama sekali. Junior terlalu tidak dipedulikan, senior pula semakin cenderung untuk menjaga nama sendiri. Persoalannya sekarang asas pelajar SBP ialah senioriti, pelajar asrama yang berkualiti juga hasil dari senioriti... Sekarang saya dapat lihat keruntuhan insitusi SBP itu sendiri.
Kebiadaban mencapai tahap kemuncak, teguran menjadi hasrat hati semata-mata, celaan sekadar bermula dari ruangan yang paling dalam. Entah mengapa, saya tidak menyukai penderaan, tetapi saya juga tidak dapat menerima prinsip junior makan senior.
Jadi saya mohon satu keluarga Farisian untuk sama-sama membicangkan bahasa senioriti:
- Bagi pelajar lama, apakah bentuk senioriti yang dimainkan?
- Adakah senioriti boleh dikatakan relevan pada masa kini?
- Perlukah junior diberi hak sama rata dengan senior?
- Apakah hukuman yang paling setimpal bagi junior yang biadap?
- Adakah keadaan masih serupa tanpa senioriti?
- dan ahir sekali, APAKAH SEBENARNYA SENIORITI?
Terima kasih, wassalam.
new attire
this is my first contribution to this blog, so, don't really know what to write about. erm..recently (yesterday), prefects 2009/2010 session had just receive their new blazers. congratulations (?)...but, as everyone says nowadays, everything comes with a price. and we had to pay another rm50 for it (another rm50 for corporate clothe). so, all together we got to pay rm100 just for the new "KJ-revolution" for prefectotial board.
one more thing is we just got a new room for 'bilik gerakan'. it's beside SAC n before, it was a part of SAC. it's not fully equipted yet but in two to three month to come we will got our first computer!!!thanks to syifa for her contribution. so, if there any "ex-prefect" or alumni who is a kind-heated, sumbanglah rak ke, carpet ker...sebab sekolah pun dah miskin sekarang ni.
that's all and sorry if it's a little bit boring,
yours,
syafirie
Monday, February 2, 2009
PALESTINIAN WEEK in cfs pj
Here are some updates on what's happening around here..
Starting from 2nd to 6th of february, 2009, Red Crescent Club(RCC) and WAMY will organise Palestinian Week, which is held in every semester in here, Centre for Foundation Studies, Petaling Jaya.
- Remembrance of Our First Qiblah'
02/02/2009 - 06/02/2009
Monday to Friday
Stall, exhibition, drawing poster, and games.
Monday (02/02/2009)
7.30p.m. - 11.30p.m.
Masjid Malaya College & Masjid Hall
GRAND SOLAT HAJAT PRAYER
OPENING CEREMONY
(Launching by Madam Sharifah Fathin Adlina
Syed Abdullah)
NASYID PERFORMANCE
(By Izzatuna from Indonesia)
MUHASABAH GRAND & PRAYER
(By Hafiz Bai)
Tuesday(03/02/2009)
8.45-11.45p.m.
Lecture Hall B
TALK 1
"The Sadful Journey of Al-Quds"
by Dr. Tengku Shaharum bin Tengku Shahdan
Popquiz by the speaker
Wednesday(04/02/2009)
8.45-11.45p.m.
Lecture Hall A
TALK 2
"The Return of Intifadhah III"
by Prof. Madya Dr. Hafidzi bin Mohd Nor
(Director of Palestine Centre of Excellence
-PACE)
Video show
Thursday(05/02/2009)
6.00-7.30p.m.
ABC & AC MUSOLLA
AL-QUDS GRAND IFTAR
9.00-11.00p.m.
SM 001-004
CLOSING CEREMONY
Multimedia presentation
Nasyid
by ETIQA
Drama performance
by Al-Quds Society
If there are any other events being held here, I will update from time to time.
What about you?
Come and tell us what is happening, there in your places??
That's all for now.
Wassalam..
Saturday, January 31, 2009
we should change our template!
baby boy and baby girl
make it more 'professional'
you got it right?
who has any idea...
please inform miss afikah comel
i suggest..
hurmm
hurmmm
plain color
white...maybe?
huhu
well
it's up 2 you guys
ATTENTION!!!
ALL THE SCHOOL LEAVERS aka EX_STUD,
i'm SUGGESTING ON a program for the form 5 students
matlamat utama::information sharing
BANYAK BENDE YANG PATUT DIBERITAHU KPD KAMU SEMUA,WAHAI ADIKKU SAYANG
you should know that
basically bout the scholarship
types,advantages, disadvantages etc
huhu
so...
FOR ALL MY DEAR FRIENDS WHO WANT TO JOIN ME AND HELP OUR LITTLE COMEL BABIES there..
do inform me k..
natasyaaazwin@gmail.com
insyaALLAH
i'll finish my foundation this june
hurmm
i think many of us will have semester holidays at that time
well, we'll see first k
kamu semua...
mintak tolong leh?
hehe
DOAKAN SAYA LULUS NGAN JAYANYA REQUIREMENTS JPA and ICPU programme
insyaALLAH
saya doakan kamu semua jua
farisian hebat bergaya
^-^
salam...
Friday, January 30, 2009
Bahaso Kito, Baso Kito
Saja manira menumpang menulis di blog ini memandangkan banyak yang perlu dikongsi tentang sekolah kesayangan kita. Semakin jauh (maknanya semakin tua) kita dari faris petra, bibit rindu berputik dengan lebih lebat.
Baiklah, dalam kesempatan sebelum cuti Raya Cina melabuh, manira ingin kongsikan bahasa dek segala pertuturan, sama ada zahir, batiniah, terungkap mahupun terladeni, melalui perkataan mahupun liuk pergerakan badan, kepimpinan dan sahsiah, senario dan rentetan, yang terbalut dalam kehidupan di FAris.
Baru sahaja manira dengar sebenarnya kemalangan yang dihadapi seorang teman manira. Sekarang di HUSM, patah tulang belakang dan mengalami pendarahan otak. Manira terkelu mendengar semua itu. Masakan seteruk-teruk perkara yang boleh terjadi ialah kematian di Faris Petra, namun mendepani seorang teman yang sakit bukanlah bererti manira senang duduk. Darah manira juga berderau, mencari kepastian.
Manira lemah, bahasa kusam yang terungkap sebegini tambah membelenggu manira. Semua penuntut di Faris pernah merasainya. 2004 seorang pelajar meninggal dunia, dan tahun lepas sahaja 2 orang menghembus nafas terakhir. Juga sepanjang tempoh 5 tahun kita di sini, mungkin keluarga kita sendiri dijamah malaikat maut. kedua-dua nenda manira sendiri meninggal dunia semasa manira berada di Faris. Al-fatihah buat mereka agar aman roh mereka. Manira bukan cuba membesar-besarkan perkara maut ini, kerana semua itu hak Allah. Namun, kita juga perlu bersedia kerana nyawa boleh terbang dengan sekelip mata.
Manira amat berharap teman manira akan cepat sembuh. 5 tahun bersamanya amat bermakna, biarpun manira kurang rapat dengannya, manira tak mahu bersedih, meratap, berduka lara. Manira sarankan kepada semua keluarga Faris agar sentiasa berjaga-jaga dan bersedia. Bukan saudara sahaja yang akan berduka, kesemua keluarga akan terasa jua..lagi pedih mungkin
Manira sudahi dengan Wassalamualaikum...
Kak Zan's Canteen Capers
don't deny it, you're not a true blue farisian if this issue never became a part of your life, or even your conversation at FAris.
Yep, if anyone asks for a belanja it has to be Kak Zan's nasi ayam.
On malam Jumaats after Isya' prayers, feeling bored with nothing to do, head to Kak Zan's for a serving of nasi air or even maggie, or more nasi ayam for that matter, ahh..those memories..almost eveerybody in Faris has them, you can't deny it.
not enough to whet your appetite?
what about those times when they used to 'boycott' Kak Zan because of the highly prized foods.
even so, we still head to the canteen for a bite anyway. Trust me, the boys would agree with me that the dining food alone is not enough to satisfy our love of eating. I admit, I do feel hungry twenty-four seven at faris, I don't know why.
so, lets your stories on you and kak Zan eh?
this would surely be an interesting topic indeed, yep, untuk sape2 yang sempat dgn kak zan ajela kan?
things to think about:
1. is boycotting the right thing to do?
2. how do we remedy this canteen food price problem?
or just simply share whatever memories of you and the canteen.heh.
well, this is my last one before I go back to faris tomorrow, I'll leave this topic for you guys discuss on it, eh?
I'll be back for a report on 'corporate day', the new school 'policy'. salam.
Wednesday, January 28, 2009
pmr batch 0206
padahal dah lama,
tapi disebabkan aku busy,
hal ini terpaksa ditangguhkan.
nasib baik ada cuti seminggu
masa yang yang ada aku luangkan dengan menulis di sini.haha
ok,result pmr batch aku sangat teruk.
50 % saja yang 8A,
yang lain banyak dapat B dalam english
kena bala apa aku tak tahu.
tapi bak kata cikgu mat daud,
result pmr tsunami.
ok,kami redha,
hanya itu yang dapat kami sumbangkan untuk sekolah,
mungkin kami banyak main,
banyak lepak,
tapi kami redha itu nasib kami.
tapi cikgu,
kami tahu kami banyak main,
tapi jangan lah di anak tirikan kami.
kamu semua ingat tak,
tiap-tiap tahun budak-budak pmr dan spm pagi-pagi akan dapat buah orange dan telur separuh masak setiap seorang?
mesti kamu semua ingat sebab itu memang perkara wajib dan menjadi kebiasaan sekolah tiap-tiap tahun.
and you know what,
masa aku pmr,
kami semua tak dapat semua itu,
terkilan sangat.
pergi dining pagi-pagi,
tertunggu jugak telur tu,
tapi takde pun.
kami diamkan saja,nak buat camne=(
lepas result diumumkan,cikgu-cikgu semua blame kami.
yela result teruk kan.
apa boleh buat.
kami tanya cikgu kenapa masa kami pmr takde orange,
telur semua itu,
cikgu cakap,
takde peruntukan untuk itu pada tahun kamu.
ok,kami redha,
apa boleh buat.
yang dah lepas,
lepaslah.
sori,kami burukkan nama sekolah=(
Saturday, January 10, 2009
khutbah oleh ustaz hasrizal
jika anda sayangkan Islam dan benci akan kezaliman Israel,
sila baca Khutbah:Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam ,
hasil tulisan penulis buku terkenal, 'Aku Terima Nikahnya', yang dikenali dengan panggilan AbuSaif.
Tuesday, January 6, 2009
'A' TAWHID
Monday, January 5, 2009
HARGAILAH
tambah sikit :)
yeah..
agree with anonymous~
know what?after i left the school,they definition of money is totally differ than before!
yeah!thats it~
school time-parents gave u the money..mintak je..tak pk sgt mse tu(is that the sign that i'm jahat?
he3..ntah..)..but then..thats the facts!
keluar school-bile dpt biswa..kdg2 rase diri ni mewah pulak..tak sedar ngan keadaan ekonomi..huh
hakikatnye..bile pk balik..budak2 y dpt biswa mewah2.no doubt!
ini BAHAYA!bile dah terbiasa dikhuatiri terikut2 sampai tua..
so beware!kepada y sedang pegang biswa n bakal dapat..insyaALLAH..remember this thing..JANGAN MEMBAZIR N MEWAH SGT!he5..bile teringat zaman faris dulu..budak2 y dpt biswa camtu ah..best je..mewah konon2..padahal mak bapak takde laa berharta sgt..tak sedar diri lbey kurang.sorry 4 that..just from my observation..huhu..erk..bukan semua~
ok..back to your prob(it was my prob too..he3..diri je tak sedar.lol)
apekate semua hicom rumah2 sukan 2 wat meeting..korang pakat2 wat ala kadar..jgn nampak sgt over sampai duit byk keluar..wat biase2 je..aklo lg best!modify je baju skolah n sukan ke bg meriah cket..cket je..jgn lbeh2..takyah nak wat baju2 suku 4 that..kene pakat elok2 la semua.bentangkan masalah ni..cewahh..betul laa..bila sume dah setuju..ok laa..so takde laa y duit keluar melampau2..n takde la rase takot kalah..coz korang gne bahan n bende asas y same..letak riben2 je..balut satu tubuh..menarik pe?
he3..tp tulaa..kene selaraskan mentaliti korang..pakat2 wat satu kelainan dalam kot..he3..kot jimat bajet!he3
but.seriously..i think my opinion is relevan..he3..rite??
TO DO LIST
1.selaraskan mentaliti.nak menang tak semestinya you kene keluar byk duit!
2.bincang ngan ckg2 y pegang bende ni..hantar wakil tok ckp..pasal kot jimat bajet tu..n kalo boleh biar ckgu tu sendiri keluarkan order camtu..sape wat baju suku,kompom kalah!ha3..amacam??he3
n pasal baju berarak hicom..takyah wat y suku..korang beli je baju y boleh tok pakai lam kehidupan seharian...takde laa membazir kan?
ok..i think thats all..my own blog is missing!waaaa!gonna do smthg with that..
p/s:we should promote this blog to other students..maybe via fs group..hu3
Saturday, January 3, 2009
Permulaanku
First time menulis kat blog ni.Erm, tq to miss Nana for inviting me!
Erm, just wanna share on 'Penggunaan Telefon Bimbit Di SBP'.
Thursday, January 1, 2009
palestin oh palestin..
hari ini merupakan hari yang kelima serangan israel[laknatullah] ke atas genting gaza.
saya menerima banyak mesej dan sms daripada para sahabat untuk kita sama2 berdoa ke hadrat Illahi, supaya rakyat palestin mampu bertahan dan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T..
di sini, saya ingin mengungkapkan rasa kecewa saya kerana, pada saat2 rakyat palestin berjuang dengan maut, kita di sini [terutamanya yang menyambut tahun baru dengan 'gilang-gemilangnya', bertemankan konsert dan bunga api], seakan-akan alpa dengan penderitaan rakyat palestin, saudara seislam kita.
hanya dubai[setakat yang saya baca di dalam akhbar utusan malaysia] yang membatalkan pertunjukan bunga api untuk menyambut tahun baru, atas dasar kemanusiaan, bagi sekurang-kurangnya berkongsi rasa penderitaan, meskipun tidak secara langsung, dengan rakyat palestin.
saya berharap, 'palestinian week' yang dianjurkan pada setiap semester di cfs, iium,pj, dapat menyumbangkan sesuatu bantuan kepada saudara kita di sana.
untuk maklumat lanjut mengenai keadaan di palestin, sila layari, palestinkini:suara peduli palestin.